Pecah tembelang juga akhirnya rahsia anak gadis ibu bapa yang telah membuat laporan polis bahawa anak gadisnya telah diculik dan dirogol ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Ketika soal siasat dilakukan oleh pihak polis terhadap gadis yang berusia 13 tahun, pihak polis telah menghidu beberapa keraguan dalam berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh gadis berkenaan. Akhirnya, gadis tersebut memberitahu dia telah menipu ibu bapanya.
"Saya terpaksa menipu kepada ibu bapa saya kerana takut dimarahi mereka." luah gadis itu kepada anggota polis menyoal siasatnya.Gadis tersebut membongkarkan bahawa, lelaki yang didakwa penculiknya itu sebenar teman lelakinya. Dia dengan rela mengadakan hubungan seks bersama lelaki tersebut. Malah sebelum ini mereka pernah melakukan perkara tersebut.
Sebelum ini, bapa gadis berkenaan yang curiga dengan anaknya yang pulang lewat dari sekolah telah membuat laporan polis selepas anaknya itu menceritakan bahawa dia telah diculik dan dirogol di tempat yang sunyi sebelum berjaya melepaskan diri.
Walaubagaimana pun, temberang gadis itu terbongkar jua selepas pihak polis dapat merasakan seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh gadis itu sehinggalah dia menceritakan perkara sebenar.
0 comments:
Post a Comment