Monday, April 14, 2014
12:19 PM 0

Panggilan Telefon Misteri Dari MH370 Di Kesan??


Pencarian terhadap frekuensi kotak hitam mungkin tidak dapat dilakukan lagi ekoran jangka hayat bateri kotak hitam MH370 dijangka sudah berada pada tahap yang lemah selepas memasuki hari ke-37 pesawat tersebut dilaporkan hilang.

Terbaru, satu panggilan telefon misteri telah dikesan daripada pesawat tersebut, dan panggilan tersebut dilaporkan datang daripada telefon bimbit pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid. Antara spesifikasi panggilan telefon tersebut adalah:


  1. Panggilan itu dibuat pada tarikh 8 Mac 2014.
  2. Panggilan tersebut dilakukan ketika pesawat terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang.
  3. Panggilan tersebut dapat dikesan oleh alat pemancar telekomunikasi yang berada di daratan.
  4. Panggilan itu terputus namun berjaya disambungkan semula.
Daripada berita ini, misteri terhadap MH370 semakin meruncing. Pelbagai persoalan timbul dan masih tiada jawapan yang mampu diberikan oleh pakar-pakar yang sedang merungkai kehilangan pesawat ini.
Persoalan yang paling meruncing di sini adalah, apa yang telah berlaku di kokpit pesawat tersebut sebenarnya?

0 comments:

Post a Comment