Saturday, April 12, 2014
11:43 AM 0

Kenyataan 'Mawar Fareeda' Di Kecam Ramai?


Isteri kepada Fizo Omar, Mawar Fareeda sememangnya semakin mendapat tempat dikalangan peminat selepas baru-baru ini dia telah melancarkan produk tudungnya sendiri.

Baru-baru ini dikatakan peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab telah ditangkap kerana didapati telah meniru reka bentuk tudung Fareeda. Sebaik sahaja berita ini tersebar, tudung Fareeda semakin menjadi hangat dan semakin terkenal. Tangkapan yang dilakukan tersebut dilihat amatlah diperlukan kerana artis ini telah membelanjakan RM4 juta untuk mempromosikan tudung tersebut.


Walaubagaimana pun,gara-gara daripada sebuah laman Facebook 'Fanpage Mawar Fareeda', laman Facebook rasmi artis ini telah dikecam oleh orang ramai kerana satu post yang dianggap angkuh dan berlagak daripada artis ini.
Print screen post tersebut di laman 'Mawar Fareeda Fanpage'.

Daripada post bernada sombong dan angkuh di atas telah mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai di laman sosial.

Antara kecaman daripada orang ramai di Facebook Mawar Fareeda Fanpage.

Apabila kecaman daripada orang ramai semakin meruncing, admin di 'Mawar Fareeda Fanpage' terus mengeluarkan satu post yang bertujuan bagi memulihkan keadaan dan memohon maaf kepada orang ramai berhubung post mereka yang bernada sombong sebelum ini.

Berikut adalah print screen post tersebut:

0 comments:

Post a Comment