Sunday, April 13, 2014
2:23 AM 0

Bomoh Baru Pula Muncul, Dakwa Tahu Kedudukan MH370


Tidak cukup dengan pelbagai kontroversi yang dilakukan bomoh sebelum ini, kali ini muncul pula bomoh baru yang merupakan sepasang suami isteri. Pasangan yang berasal dari Bogor, Jawa Barat ini mendakwa mereka mengetahui di manakah kedudukan sebenar pesawat milik MAS Boieng-777 MH370 yang masih belum ditemui sejak hilang pada 8 Mac lalu.

Fajar Sahari, 57 memberitahu bahawa isterinya Winarti,51 telah mendapat petunjuk terlebih dahulu selepas solat zuhur pada hari isnin, 17 Mac 2014 yang lalu. Di mana Winarti melihat sekumpulan orang yang berpakaian seperti juruterbang.  

Fajar Sahari  menambah lagi, isterinya tidak seperti biasa seperti selepas mendapat petunjuk tersebut. Dia  yang berkebolehan berkomunikasi dengan makhluk halus itu seperti telah dirasuk.

"Saya biasanya kalau dengan isteri saya akan bercakap guna bahasa Jawa, tapi kali ini kami guna bahasa Indonesia." ujar Fajar lagi.
Selepas mendapat petunjuk tersebut, dia dan isterinya bergegas mencari maklumat untuk mengesan kordinat sebenar pesawat tersebut. Sehinggakan mereka menggunakan applikasi Google Earth dan mendapat koordinat 7 - 47'47 .90 " -105.13 '39 .59 " yang berada di dekat laut lepas Vietnam.


Bomoh baru ini bukan setakat mengetahui kedudukan sebenarnya, malah turut mengetahui bagaimanan keadaan anak-anak kapal di dalam pesawat tersebut.
"Keadaan pesawat tersebut masih utuh di bawah laut yang berarus deras, 239 penumpang masih berada di tempat duduk mereka." jelas mereka.
Menurut Winarti, dia tidak sahaja menerima petunjuk pada waktu zohor tersebut malah ketika waktu subuh juga dia telah mendapat petunjuk.
"Saya terdengar suara teriakan yang kuat dan juga suara orang bertakhbir ketika solat subuh. Selesai solat saya terus mengaji dan berasa begitu sedih serta kasihan mendengar teriakan tadi." jelas Winarti lagi.
Fajar dikatakan telah pun memaklumkan tentang koordinasi yang mereka temui tersebut kepada pihak berkuasa dan berharap pihak berkuasa boleh memeriksa titik berkenaan jika terdapat pesawat tersebut.

0 comments:

Post a Comment