Saturday, April 12, 2014
12:44 AM 0

Ajaran Sesat Berjemaah Solat Jumaat di Hotel Bajet


Batu Caves: Selepas tiga minggu membuat intipan setiap kali Jumaat. akhirnya 30 pegawai penguatkuasa JAIS yang diketuai Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasinya Shahrom Maarop membuat serbuan keatas sekumpulan ajaran sesat yang menenuai solat Jumaat secara berjemaah di sebuah hotel bajet dekat sini Jumaat lalu.
"Kalau JAIS cakap yang kami ini bukan orang Islam, jadi kami sekarang bukan berada dibawah bidang kuasa JAIS. Jadi di mana kami ingin sembahyang sekali pun terpulang kepada kami." itulah antara kata-kata daripada ketua penganut ajaran sesat tersebut. 
Difahamkan bahawa seramai 30 penganut ajaran sesat tersebut berjemaah menunaikan solat Jumaat di premis dua tingkat tersebut. Dalam masa yang sama, ketua mereka turut mengatakan bahawa mereka mempunyai memorendum untuk diajukan kepada kerajaan bagi mengiktiraf ajaran mereka yang didakwanya sudah bertapak lama di Malaysia.

Hasil siasatan, memorendum yang bertajuk 'Penindasan Terhadap Orang Islam Ahmadi di Malaysia' dikemukan oleh mereka mengandungi 48 muka surat di mana di dalamnya turut mengandungi warkah jurubicara Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia, Ainul Yakin Mohd Zain yang pernah dihantar kepada Perdana Menteri pada 2010 dan juga kerajaan negeri pada 2012. Malah turut disertakan surat bagi memohon keadilan bagi ajaran tersebut di seluruh negara yang dituju kepada wakil media dan agensi agama kerajaan.

Suasana tegang tercetus antara Shahrom dan penguatkuasa JAIS ketika serbuan tersebut ekoran mereka mendakawa bahawa tidak berada di bawah bidang kuasa JAIS. Lelaki yang pada awalnya panas baran itu akhirnya berlembut dan meminta seorang pengikutnya daripada London untuk dibebaskan.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 97(1)(2) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 2003 kerana mengadakan upacara yang boleh dilakukan di masjid tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

sumber-hmetro

0 comments:

Post a Comment