Tuesday, March 25, 2014
9:58 AM 0

Anzalna Akui "Perang" Dengan Izzue Islam!!

Anzalna dan Izzue Islam dalam drama bersiri Aku Isterinya

Petaling Jaya : Aktres jelita Anzalna Nasir mengakui sendiri wujudnya masalah di antaranya dengan aktor dan juga penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam sepanjang mereka berada di set penggambaran drama Aku Isterinya baru-baru ini.

Anzalna bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu ini dan tidak mahu kontroversi ini terus berlanjutan. Beliau juga menganggap kontroversi ini sebagai perkara remeh dan bersifat kebudak-budakan.

Anzalna ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri berkenaan mengulas berkenaan laporan berhubung dia dan Izzue dikatakan bermasam muka berpunca daripada Anzalna sendiri yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak dalam drama tersebut sehingga menyebabkan isterinya cemburu.

Sementara itu, Anzalna berkata bahawa dia sentiasa bersikap positif dalam menangani isu tersebut walaupun tohmahan yang dilemparkan cukup berat baginya untuk dipikul sebagai seorang selebriti.

0 comments:

Post a Comment