Tuesday, March 25, 2014
3:29 PM 0

Ancaman Telefon Bimbit Terhadap Otak


Pada tahun 2012, seorang ahli perniagaan Itali, Innocente Marcolini, 60, telah mengalami lumpuh sebelah wajah selepas menggunakan telefon bimbit secara purata enam jam sehari dalam tempoh 12 tahun.
"Berlaku peningkatan metabolisma glukosa di mana berlaku apabila terdedah terlalu lama kepada telefon bimbit di bahagian otak paling dekat dengan antena."
Itulah kata-kata saintis, Dr Nora Volkow dari Institut Kesihatan Kebangsaan(NIH) di mana menurutnya berbual dalam tempoh 60 minit sudah cukup untuk mengubah aktiviti sel pada bahagian otak. Walaubagaimana pun, perkara ini masih dalam kajian.


Kajian mereka ini disiarkan di dalam Jurnal Pertubuhan Perubatan Amerika. Penggunaan telefon bimbit terlalu lama boleh mendatangkan kesan pada jangka pangjang.

Merujuk kepada kes Marcolini, ahli perniagaan Itali tadi, kes tersebut merupakan salah satu kesan buruk penggunaan telefon bimbit kepada manusia. Berdasarkan penyelidikkan beberapa orang saintis, sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit menyebabkan kerosakan genetik di dalam darah pengguna dan juga meningkatkan tumor otak neuro-epitelium kepada manusia.

Hal ini kerana, penggunaan terlalu lama menyebabkan telefon bimbit menjadi panas dan penggunanya akan mengalami sintom-sintom seperti pening kepala, lesu, kebas dan hilang daya ingatan. Selain ia mampu merosakkan sel-sel badan serta mengancam DNA.

0 comments:

Post a Comment