Monday, March 24, 2014
2:05 PM 0

529 Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati


Kaherah, Mesir: Selepas dua sesi perbicaraan-di mana pihak defendan mengadu tiada ruang untuk membentangkan kes mereka, 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah di Minya. Mereka dijatuhkan hukuman tersebut atas tuduhan termasuklah membunuh anggota polis.

Kumpulan tersebut yang digelar Ikhwanul Muslimin telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Sebuah perbicaraan yang lebih besar yang melibatkan lebih kurang 1200 orang penyokong bekas presiden, Morsi.

Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan yang keras terhadap penyokong-penyokong bekas presiden Islamis, Mohommed Morsi yang telah digulingkan pada Julai tahun lalu di mana ribuan telah terbunuh dan ditahan.

0 comments:

Post a Comment