Seorang gadis perawan berusia 21 tahun ada mengeluhkan masalah yang selalu timbul dalam dirinya yang selalu dibuli. Bukan kerana dia lemah ataupun kerana dia perempuan.
Pekerjaannya sahaja sebagai ahli gusti profesional lantas melambangkan kekuatan fizikal dan pastinya sesiapa yang mencari pasal kecut perut. Tak pernah dibuat orang kalau dah ahli gusti tu senang-senang kena buli.
Bagi Dana Adiva yang berasal dari Chicago, Amerika, masalah yang datang kepadanya seringkali berkait rapat dengan kecantikan yang dimilikinya.
Dana Adiva
Kisah hidup Adiva ini ada didokumentarikan dalam siri MTV bertajuk True Lives. Dia mengatakan yang dirinya tidak perlu menjadi 'genius' di sekolah kerana telah mempunyai penampilan yang menarik.
Namun, disebalik kemegahan yang dimiliki, Adiva nyata tidak senang dengan hidupnya kerana tidak boleh bersosial dengan pelajar wanita yang lain.
Adiva juga mengakui pernah cuba untuk menyembunyikan kejelitaannya dengan memakai kacamata. Tapi kini dia sedar akan kelebihan yang dimilikinya dan memutuskan untuk menerima kecantikannya.
0 comments:
Post a Comment