Pretoria : Seorang lelaki warga Afrika Selatan, Lesego Daniel menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak dari setiap penjuru ekoran tindakannya mengarahkan para pengikutnya meragut rumput beramai-ramai di padang bagi mendekatkan diri dengan tuhan.
Ajaran sesat ini menimbulkan bermacam-macam spekulasi dan mendapat kritikan negatif selepas Daniel mendakwa yang manusia boleh makan apa sahaja mengikut kehendak mereka asalkan ada rasa untuk makan.
Terdapat segelintir pengikut memuji tindakan Daniel itu yang dikatakan penyakit yang mereka alami sembuh serta-merta selepas memakan rumput tersebut.
Lessego Daniel
Hakikat sebenarnya ajaran yang disifatkan tidak bertamadun itu mengakibatkan ramai yang sakit perut dan tidak kurang yang muntah-muntah akibat pemakanan tidak sihat itu.
"Kenapa dia menyiksa orang ramai? Ini tabiat lembu bukannya manusia. Menyedihkan.", kata salah seorang pengkritik yang menyelar tindakan Daniel itu.
Daniel bagaimanapun tidak mengendahkan segala tohmahan yang dilemparkan malah dengan selamba memberitahu dia boleh membuatkan orang ramai tidur lena dengan melakukan sedemikian.
0 comments:
Post a Comment