Neelofa dan adiknya, Ameera yang kini tampak sudah mulai bertudung
Pandai juga artis sensasi seperti Neelofa untuk bergiat dalam bidang penulisan. Ingatkan tahu menjadi pengacara atau pelakon sahaja.
Anak seni seperti inilah yang dicari-cari selama ini. Universal! Boleh je buat apa-apa pun, tambahan pula amat berbakat.
Amat menarik sebenarnya untuk dibaca hasil-hasil nukilan daro Neelofa di Harian Metro setiap hari Ahad.
Apa yang menarik ialah penulisannya yang berkisarkan perkongsian mengenai peribadi dan luahan hatinya yang membuatkan ramai orang seolah-olah berasa rapat dengan Neelofa.
Most likely macam adik/kakak/kawan la. Masih cerita-cerita mengenai penghijrahannya pada minggu ini, admin begitu tertarik untuk berkongsi pendapat Neelofa yang mampu menjadi perangsang buat muslimah di luar sana yang ingin berhijab tetapi terlalu memikirkan persepsi orang sekeliling.
Kata Neelofa :-
Lofa terbaca satu kata-kata yang buat Lofa sangat tersentuh. “You can’t please everybody, so put God first and let the rest fall in place”. Bila Lofa hayati kata-kata ini, hati terus sayu.
Lofa terfikir selama ini sibuk nak jaga hati orang itu, apa orang ini akan cakap dan sebagainya, tapi Lofa tak terfikir pula kepentingan ‘apa Tuhan akan kata’.
Mulai saat itu, Lofa tahu ini yang terbaik untuk Lofa dan tekad untuk berhijab. Kita tak boleh menutup mulut orang, tapi Lofa nak beri semua orang beri peluang dan sokongan supaya Lofa terus istiqamah dalam apa yang Lofa lakukan.
0 comments:
Post a Comment