Pemandu jentolak berkenaan yang dikenali sebagai Ramli Omar, 53 dan mangsa ketika itu sedang menebang pokok balak di mana pokok yang ditebang manga telah menghimpitnya. Mangsa, Hamiro Ramli, 33, dari Gual Ipoh, Tanah Merah hanya bersama pemandu jentolak berkenaan di atas bukit tersebut sementara rakan setugas yang lain berada di bawah bukit.
Sehubungan dengan itu, seorang rakan sekerja mangsa menceritakan bahawa mangsa berkelakuan pelik ketika waktu rehat tengah hari pada hari kejadian. Dia naik ke beberapa bukit untuk mencari liputan telefon.
“Sebaik pokok besar ditebang itu mula tumbang, arwah berlari untuk menjauhkan diri. Bagaimanapun, sebatang pokok berhampiran turut tumbang lalu menimpa mangsa,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, semalam.
Sehubungan dengan itu, seorang rakan sekerja mangsa menceritakan bahawa mangsa berkelakuan pelik ketika waktu rehat tengah hari pada hari kejadian. Dia naik ke beberapa bukit untuk mencari liputan telefon.
“Saya bertanya dia buat apa dan dia jawab mahu cari isyarat telefon kerana teringin benar bercakap dengan isteri dan anaknya,” katanya.
0 comments:
Post a Comment