Sebelum ini pastinya pembaca pernah mendengar lirik salah satu lagu patriotik negara, "andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara, kami mohon doa, Malaysia berjaya." Namun tahukah anda menabur bunga di atas pusara itu amalan Yahudi dan Kristian?
Baru-baru ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Keda, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu adalah salah di sini ajaran Islam.
Beliau menyampaikan perkara tersebut di dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace.
Selain itu, input yang diberikan beliau termasuklah pesanan menjaga aurat kepada kaum hawa.
"Mereka sepatutnya berpakaian menutup aurat dan sopan, bukannya berpakaian yang menghairahkan," katanya.
Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza. -sinar harian
P/S: Berhubung hukum menabur bunga di atas kubur, sebenarnya terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama, ada ulama yang mengharuskan berdasarkan hadis,
Hadis riwayat Muslim daripada Jabir, Rasulullah SAW melalui dua kubur dan Baginda dengan mukjizatnya berkata, kedua-duanya penghuni kubur ini sedang diseksa...lalu Baginda meminta pelepah tamar yang masih basah dan mematahkan menjadi dua bahagian dan memacakkan pada setiap kubur, lalu bersabda,” Aku berharap syafaatku dapat meringankan azab kedua-duanya, selama pelepahnya masih basah.”Daripada kisah hadis itu, sebenarnya berlaku khilaf di kalangan ulama atau pandangan mengenai hukum meletakkan pelepah di atas kubur. Pandangan segolongan ulama yang menegah menyatakan perbuatan itu disyariatkan khusus untuk Nabi Muhammad SAW.
Dalam pendapat yang lain, ada ulama yang mengatakan ia amalan yang haram kerana menyerupai amalan orang Kristian menurut Syaikh Ahmad Syakir (dalam syarah Sunan al-Tirmizi). Pendapat yang lain mengharuskan berpandukan hadis.
Baca hukum mengenai perkara ini di sini --> Persoalan Agama: Amalan tabur bunga atas kubur harus
0 comments:
Post a Comment