Saturday, July 12, 2014
4:52 PM 0

TERKINI! Takut Juga Rejim Zionis Diboikot Oleh Dunia


Dalam kezaliman dan keangkuhan rejim Zionist membuat serangan terhadap Gaza dan Palestin, rupa-rupanya terdapat juga perasaan gentar dari mereka selepas ancaman dan ugutan masyarakat di seluruh dunia yang ingin memboikot negara tersebut dan segala produk dari negara tersebut.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata masalah yang besar akan timbul jika kempen memboitkot negaranya benar-benar dilaksanakan.

Antara yang tergempar adalah Britain mendesak Netanyahu agar mengadakan mesyuarat besar-besaran dengan kabinet negara Israel untuk mencari solusi kepada perkara ini.

“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel, maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” katanya menurut laporan Jerusalem Post.
Sebelum ini, pada Februari lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry pernah membuat ancaman untuk memboikot negara tersebut seandainya rundingan damai antara Israel dan Palestin tidak berjaya dilakukan.

Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.

Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid turut mengingatkan beberapa kali bahawa jika kempen boikot itu benar-benar dilaksana terutama dari negara-negara Eropah, maka hubungan perdagangan terbesar di negara mereka akan terhenti.

“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.

0 comments:

Post a Comment