Sudah beberapa tahun berita tentang kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Semenanjung Gaza dan Palestin. Sudah banyak perkara yang pelik dan ajaib berlaku sepanjang tempoh peperangan Israel dan Palestin yang tiada kesudahan angkara kedegilan rejim Zionis tersebut.
Kali ini, satu lagi cerita ajaib yang kedengaran daripada peperangan ini iaitu kewujudan 'tentera berpakaian putih' sebagaimana yang dilaporkan oleh tentera Israel. Perkara ini menjadi aneh kerana tentera Islam yang menentang rejim Zionist iaitu Hamas dan al-Qassam pakaian hitam.
Dalam satu artikel yang ditulis menerusi laman web Arab, IslamMessage.com menceirtakan bahwa Mujahidin Al-Qassam melaporkan sekumpulan tentera Israel laknatullah telah memeacah masuk sebuah rumah kepunyaan keluar Dardunah yang terletak di jalan al-Qaram.
Mereka mengarahkan seluruh isi rumah tersebut untuk berkumpul di satu sudut di dalam rumah itu. Kemudian, tentera Israel menyoal seorang dari anak mereka tentang identiti pejuang al-Qasam. Anak Dardunah yang jujur tersebut memberitahu bahawa tentera al-Qasam berpakaian seragam yang berwarna hitam.
Namun, oleh kerana jawapan tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, tentera Israel memukul anak itu dengan kejam tanpa belas ehsan. Dilaporkan, selama tiga hari berturut-turut tentera Israel menanyakan soalan yang sama dan menerima jawapan yang sama daripada anak Dardunah itu.
Akhirnya, salah seorang tentera yang marah, menengking "Bohong! Mereka mengenakan seragam putih"
Dalam cerita yang lain, menerusi laman web multaqalqasami.com, seorang warga Palestin juga mempunyai cerita tentang 'askar berpakaian putih' ini.
Dia menceritakan, sebuah ambulans telah diarahkan untuk berhenti oleh sepasukan tentera Zionis. Pemandu ambulan tersebut telah diajukan soalan, sama ada dia dari kem Fatah atau Hamas.
Pemandu ambulans tersebut menjawab, "saya bukan dari mana-mana kem, saya sekadar pemandu ambulans"
Kemudian, dengan serius tentera Israel menanyakan pemandu tersebut, "kumpulan berpakaian putih yang mengekori di belakang tadi, mereka dari kem mana?"
Pemandu ambulan yang masih kebingungan kerana dia pasti tiada sesiapa yang mengekorinya di belakang. Dalam keadaan bingung dia menjawab, "saya tidak tahu."
Bukan tentera Israel sahaja yang melihat kelibat tentera berpakaian putih ini, malah para Mujahidin turut tertanya-tanya akan siapakah sekumpulan lagi tentera yang berpakaian serba putih yang dilihat bersama-sama sewaktu peperangan Al-Furqan mengambil tempat.
Jadi, siapakah pasukan yang berseragam putih yang menghantui rejim Zionis ini?
Jadi, siapakah pasukan yang berseragam putih yang menghantui rejim Zionis ini?
Wallahualam. Inilah kekuasaan Allah SWT untuk menurunkan bantuan kepada para pejuang yang menegakkan agama-Nya di muka bumi ini.
0 comments:
Post a Comment