Friday, July 4, 2014
9:18 PM 0

Al-Fatihah Buat Datuk Sharifah Aini : Pesanan Terakhir Dari Biduanita Negara

Innalillah . . .perginya sudah seorang biduanita yang tidak asing lagi dalam kancah industri hiburan tanah air, Datuk Sharifah Aini. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham agar tenang di akhirat sana kelak, insya-Allah. Sewajarnya kita mengenang kembali betapa besarnya pengorbanan dan jasa Datuk Sharifah Aini dalam menaikkan industri hiburan tanah air kita.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Semenjak Selasa lalu lagi allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Damansara susulan mengalami kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Biduanita negara ini telah dikesan menghidapi fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.


0 comments:

Post a Comment