Friday, July 4, 2014
10:46 PM 0

HIDAYAH RAMADHAN : Kini Ziana Zain Pula Mula Berhijab


Baru sahaja beberapa hari tersebar mengenai tekad Neelofa untuk mengenakan tudung ramadhan ini, kini giliran Ziana Zain pula berhijrah untuk mengenakan hijab. Alhamdulillah . . .Ziana dikatakan telah memuat naik beberapa fotonya di Instagram bersama anak-anak dengan mengenakan tudung penuh. Mungkin dengan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini lantas membuka pintu hati penyanyi berusia 46 tahun itu untuk berhijrah lalu mengenakan hijab. Admin berasa gembira dengan perubahan Ziana Zain itu dan berharap hidupnya lebih baik dan bermakna selepas ini. Admin juga mendoakan agar imej bertudung yang dikenakan Ziana Zain berkekalan.

sumber : #murai.com.my

0 comments:

Post a Comment