Friday, July 18, 2014
5:37 PM 0

#MH17 : Washington Dakwa Pro-Russia Bertanggungjawab Ke Atas MH17


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengesahkan pesawat MAS Boeing-777 MH17 telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah Pro-Russia dengan mengguna peluru berpandu (surface-to-air) dari kawasan yang berada di bawah kawalan pemberontak Pro-Russia di Ukraine.

Menurut Obama lagi, ini bukalah pertama kali mereka menembak jatuh pesawat di kawasan tersebut.

“Kejadian ini adalah satu tragedi global. Pesawat Asia dimusnahkan di ruang udara Eropah dengan penumpang yang terdiri daripada rakyat pelbagai negara.

“Satu siasatan antarabangsa yang kredible perlu diadakan untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Imej satelit menunjukkan pesawat MH17 ditembak dengan menggunakan peluru berpandu SA-11 dari timur Ukraine. Kata seorang pegawai Amerika Syarikat. 

Tambahnya lagi, satelit berjaya merakamkan tiga peristiwa iaitu sewaktu peluru berpandu itu dilancarkan, waktu ia menghentam pesawat MH17 dan sewaktu pesawat tersebut terhempas.

0 comments:

Post a Comment