Amat pelik dan tidak masuk akal mendengar cerita ini di mana seorang wanita mendakwa mendiang neneknya telah menghantar gambar selfi dari kubur.
Itulah yang berlaku kepada wanita warga Romania, Gina Mihai berusia 34 tahun. Perkara ini tercetus apabila dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya.
Selepas merujuk tukang tilik nasib tentang perkara tersebut, dia mempercayai bahawa mendiang neneknya cuba meminta bantuan darinya kerana tukang tilik nasib tersebut mengatakan neneknya sedang dihukum 'di dalam kehidupan lain'.
"Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit," kata Mihai.
Menurut seumber, Minhai mendakwa ada sesuatu seperti seeorang ular melingkari leher mendiang neneknya di dalam gambar tersebut. Suasana di dalam gambar tersebut kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati.
"Mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa. Itulah kata-kata tukang tilik nasib tersebut kepada saya."
Dalam nada yang berbeza, wanita tersebut menceritakan lagi yang dia tidak melakukan perayaan tradisi orang Romani iaitu menghantar makanan ke kubur.
0 comments:
Post a Comment