Saturday, July 19, 2014
10:51 AM 0

KEJAM! MH17 Diarah Terbang Rendah Sebelum Ditembak



Pesawat penerbangan milik Malaysia Airlines (MAS), Boeing-777 MH17 diarah terbang rendah pada ketinggian 33,000 kaki. Menurut sumber, pesawat tersebut mendapat arahan tersebut selepas memasuki ruang udara Ukraine. 

Pesawat tersebut telah meminta kebenaran untuk terbang pada ketinggian 35,000 yang merupakan paras ketinggian yang minimum kepada Perhubungan Media dan Komunikasi Malaysia Airlines. Jelas Khairunnisak Dzun Nurin yang merupakan Pengurus Perhubungan Media dan Komunikasi Malaysia Airlines.

"Walau bagaimanapun apabila MH17 memasuki ruang udara Ukraine, pesawat itu diarahkan oleh pusat kawalan trafik udara untuk terbang pada 33,000ft," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat. Jelasnya lagi.

MAS telah menafikan bahawa pesawat berkenaan telah terbang memasuki ruang udara zon konfilik.
April lalu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabang (ICAO) telah pun mengeluarkan kenyataan
bahawa Semenanjung Crimean sebagai zon berisiko.

"Namun tidak ada pada mana-mana ketika MH17 memasuki kawasan itu. MH17 pada setiap masa menggunakan laluan yang diluluskan oleh ICAO," katanya.

Tambah Khairunnisak, selepas insiden MH17 ditembak jatuh, MAS kini mengubah laluan tanpa melalui ruang udara Ukraine namun terbang lebih jauh ke selatan Turki.-mStar

0 comments:

Post a Comment