Saturday, July 19, 2014
1:00 PM 0

GEMPAR! Mangsa MH17 Jatuh Dalam Rumah dan Kebun Penduduk Setempat


Pesawat MAS, MH17 yang telah dilaporkan terhempas di Ukraine selepas ditembak di kawasan sempadan Ukraine-Russia. Beberapa penduduk setempat melaporkan ada mangsa yang jatuh di kawasan rumah mereka.

Seorang penduduk setempat, Irina Tipunova mencerita bagaimana dia melihat sendiri pesawat tersebut meletup di udara dan terjatuh menyembah bumi.

“Saya mendengar bunyi yang sangat kuat dan melihat banyak objek yang mula jatuh dari udara dan kemudian saya mendengar bunyi orang mengerang kesakitan dan dia jatuh betul-betul dalam bilik tidur rumah, yang menyebabkan bumbung rumah saya rosak teruk,” katanya memetik laporan Reuters.
Menurut Irina, mangsa wanita tersebut ditemui dalam keadaan berbogel dan dia tidak membuat apa-apa sehingga pihak berkuasa tiba untuk mengutip mayat tersebut.

Selain Irina,seorang lagi penduduk tempatan yan enggan dikenali turut mempunyai pengalaman yang sama apabila dia mendegar bunyi letupan yang kuat dan terus berlari keluar rumah.

“Saya buka pintu rumah dan lihat beberapa orang jatuh dari pesawat dan salah seorangnya jatuh dalam kawasan tanaman yang ditanam saya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment