Saturday, July 5, 2014
8:31 AM 0

GEMPAR!! Punca Sebenar Anzalna Nasir "Berehat" Daripada Berlakon

Aktres jelita yang kian 'meletop' Anzalna Nasir kini dikhabarkan berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni. Dah kenapa pulak ni? Merajok ke apa? Ke memang takde tawaran berlakon? Jangan bersangka buruk dulu. Hakikat sebenarnya mengapa Anzalna berhenti berlakon seketika semata-mata demi menumpukan perhatian kepada aktiviti amal. 

Anzalna dikatakan terlibat secara langsung untuk melawat kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser di beberapa hospital terpilih di seluruh Kuala Lumpur. Anzalna juga turut merancang untuk memberikan sumbangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu dari segi pemakanan, permainan dan juga kewangan. Aktres yang popular dengan lakonannya dalam drama Aku Isterinya mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari orang ramai kepada mereka yang memerlukan ini.

0 comments:

Post a Comment