Sunday, July 6, 2014
11:52 PM 1

Bahaya Minum Air Yang Sejuk Ketika Berbuka Puasa?!!


Seronok kan kalau dapat berbuka dengan air yang sejuk? Milo ais, teh o ais, limau ais, sirap ais, aiskrim.
Aiskrim?!! Aiskrim bukan minuman la. Tapi boleh la ada 'ais'. Haaa kalau dapat ni konfom hilang dahaga satu badan punya. Tapi sedarkah anda semua tentang bahayanya minuman yang ber'ais' ni? 

Kajian mendapati mengambil minuman yang sejuk ketika berpuasa dapat mengakibatkan kekejangan pada perut. Selama lebih kurang 14 jam perut berada dalam keadaan kosong, air sejuk ini akan mengakibatkan perut 'terkejut' lalu mengalami penguncupan. Proses yang berlaku seperti inilah yang mengakibatkan diri kita berisiko besar menghidapi penyakit ulser


Pengambilan air sejuk ini juga dikatakan menjadi punca utama berat badan kita meningkat secara mendadak. Apa kena mengena pula minum air sejuk dengan berat badan bertambah? Ini kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang terkandung dalam darah kita. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu lalu mengakibatkan badan menjadi gemuk. Air sejuk yang kita minum itu akan menyebabkan usus menjadi terlalu sempit, seterusnya mengganggu proses pencernaan. 

Oleh yang demikian, seeloknya kita mengatur pola makanan kita dengan betul agar terhindar dari sebarang gangguan sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan ini. Biasakan diri dengan meminum air putih yang tidak sejuk ketika mula berbuka puasa. Amalkan juga mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma.  Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.

1 comments:

  1. tapi kena ingat...ada 1001 kebaikan pada ais...

    ReplyDelete