Sepanjang minggu ini isu berhubung adik Firdaus menjadi perbualan hangat di seluruh negara. Kanak-kanak OKU yang didakwa tidak dijaga dengan sempurna oleh ibunya yang dikenali sebgai Puan Lola. Perkara ini hanya terbongkar selepas JPAM yang mengadakan Operasi PATI menemui kanak-kanak terbabit dalam keadaan kurus kering dalam sebuah bilik yang agak ngeri suasananya, boleh dikatakan seolah-olah penjara.
Alhamdulillah, kanak-kanak terbabit sedang dijaga dengan rapi di hospital dan beratnya sudah bertambah dua kilogram sejak semalam. Pelbagai cerita yang timbul daripada perkara ini terutama sekali mengenai Puan Lola. Boleh dikatakan seluruh penduduk Malaysia melabelkannya sebagai seorang ibu yang kejam dan tidak bertanggungjawab.
Kali ini, bapa tiri adik Firdaus pula muncul memberi penjelasan berhubung penjagaaan Lola terhadap adik Firdaus.
"Sejak kami berkahwin 10 tahun yang lalu, saya tidak pernah melihat isteri saya mendera anaknya itu dan terlalu sayangkan anaknya itu. Dia juga telah memberitahu saya bahawa dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya ketika sebelum kahwin. Malah dia turut berkongsi masalah dan penderitaan yang dialaminya kepada saya."Lelaki yang yang berusia 40-an tersebut menjelaskan lagi yang dia tinggal di Bahau dan amat jarang pulang ke Flat Semarak di Nilai tersebut. Dia juga memberitahu bahawa dia tidak pernah terlepas memberi wang untuk Lola setiap bulan untuk kerpeluannya dan juga Firdaus.
0 comments:
Post a Comment