Friday, June 13, 2014
9:30 PM 0

Kisah Benar : Ahli Sufi & Sebiji Tembikai


Tergerak pula hati admin hari ni nak berkongsi suatu kisah mengenai ahli sufi dan tembikai yang boleh kita pelajari banyak pengajaran dari cerita ini.

Alkisah pada suatu hari, seorang ahli sufi tersohor, Syaqiq Al-Balkhi r.a. telahpun membeli sebuah tembikai untuk dibawa pulang ke rumah.

Dia langsung memberikan tembikai tersebut kepada isterinya untuk dimakan sementelah dia sampai di rumah.

Malangnya apabila isterinya membelah buah tembikai tersebut untuk dimakan, rupanya buah tembikai itu tidak elok isinya.

Maka dengan tidak sewenangnya isteri Syaqiq memarahinya dengan keadaan tembikai tersebut.

Syaqiq langsung tidak terasa dan marah dengan perbuatan isterinya malah dengan tenang bertanyakan kepada isterinya,

"Kepada siapakah engkau tujukkan kemarahanmu itu? Adakah kepadaku sendiri iaitu pembeli, penjual, penanam atau Pencipta buah tembikai itu sendiri?". 

Isteri Syaqiq terus terdiam dengan pertanyaan yang ditujukan kepadanya itu. Lantas Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya,
"Adapun si penjual sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.
"Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.
"Malah, si penanam juga sudah tentu mengharapkan hasil tanamannya yang terbaik juga.
"Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
"Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Setelah selesai Syaqiq berbicara maka teruslah menangis isterinya menyesali perbuatannya. Lalu segeralah isteri Syaqiq bertaubat dan redha dengan segala ketentuan dan pemberian Allah S.W.T.

Begitulah kisahnya yang berlaku kepada seorang ahli sufi yang dapat kembali melembutkan hati isterinya dengan mudah.

Dengan izin Allah lembut hati isterinya hanya kerana sebiji tembikai yang rosak.

Sama-samalah kita beringat, jika terbeli buah atau sayuran tak elok janganlah marah-marah kerana secara tak langsung kita sebenarnya marahkan Allah SWT Yang Maha Pencipta. Nauzubillah . . .

0 comments:

Post a Comment