Di dalam dunia ini tidak semua pasangan suami isteri dikurniakan cahaya mata walaupun sudah bertahun-tahun rumah tangga mereka terbunuh. Namun, lain pula ceritanya di Shanghai, apabila sepasang suami isteri yang dikurniakan bayi kembar 12 diarahkan untuk membunuh anak mereka dan hanya memilih salah satu untuk dijaga.
Inilah undang-undang manusia yang amat tidak munasabah. Di mana perginya sifat perikemanusian mereka ini.
"Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan. Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti."Itulah kata-kata daripada ibu kepada bayi kembar 12 ini, Jinan Huang yang berusia 33 tahun. Dia yang terpaksa bergelut selama 31 jam untuk melahirkan bayi kembar 12 tersebut diberi tempoh seminggu oleh kerajaan untuk memilih salah seorang bayi yang akan dibesarkan.
Berdasarkan Undang-undang Kelahiran Kembar China, bayi yang tidak dipilih untuk dibesarkan akan dilemparkan dari puncak gunung sebagaimana yang telah termaktub. Menurut statistik, seramai 65 juta bayi telah dibunuh oleh kerajaan tersebut. Itulah kekejaman yang berlaku sejak 1983 setelah diwartakan, "Satu Keluarga Satu Anak".
0 comments:
Post a Comment