Friday, April 11, 2014
10:59 AM 0

Lepas Ni Tak Nak Solat Lambat Lagi


Solat lima kali sekali sememang telah difardhukan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Solat merupakan amalan yang pertama yang akan dihisab pada Hari Perhitungan nanti. Bahkan solatlah yang akan menentukan amalan seseorang itu baik ataupun tidak.
"Rasulullah SAW pernah ditanya, apakah amalan yang paling afdhal? Jawab Baginda Rasulullah SAW: Solat pada waktunya" (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Daripada hadis diatas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyuruh kita bukan sahaja menunaikan solat, malah turut menunaikannya pada awal waktu. Sememangnya cukup berbeza menunaikan solat di awal waktu dan di akhir waktu sehingga kajian secara saintifik juga menyokong perkara ini.

Hal ini demikian kerana, setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini dengan mengambil perubahan warna sebagai indikator. Di dalam bidang fotografi, kejadian perubahan warna alam merupakan bukan suatu perkara yang asing dan fenomena tersebut berlaku setiap hari sebenarnya.


Waktu Subuh:
  • Alam ini berada pada warna biru muda.
  • Bersamaan dengan frekuensi tiroid yang berkait rapat dengan sistem metabolisme badan.
  • Waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan denga rezeki dan komunikasi.
  • Tertinggal dan terlewat solat Subuh memberi kesan kepada rezeki dan komunikasi.
  • Tiroid tidak dapat menyerap tenaga warna biru dari alam jika jasad tidak bercantum dengan roh atau tidur.
  • Tenaga optimum dicapai sebaik sahaja azan subuh dilaungkan.
  • Ketika sujud atau rukuk, tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan.
  • Tenaga yang optimum tidak dapat diserap jika seseorang itu lewat mengerjakan solat Subuh.

Waktu Zohor:
  • Alam ini berubah dari warna hijau pada waktu isyraq dan dhuha kepada warna kuning.
  • Bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang mempengaruhi sistem pencernaan atau penghadaman.
  • Warna kuning juga mempunyai rahsia berkaitan keceriaan.
  • Justeru, masalah sakit perut dan kemurungan atau dipresi kemungkinan melanda kepada mereka yang sering lewat atau meninggalkan solat Zohor.
Waktu Asar:
  • Alam ini berada pada warna jingga.
  • Bersamaan dengan frekuensi rahim, ovari, prostat dan testis(buah zakar).
  • Warna jingga juga mempunyai rahsia berkaitan kreativiti.
  • Justeru, masalah kesuburan dan hilang daya kreativiti kemungkinan melanda kepada mereka yang sering lewat atau meninggalkan solat Asar.
Waktu Maghrib:
  • Alam ini berada pada warna merah.
  • Bersamaan dengan frekuensi jin dan iblis.
  • Mereka amat bertenaga ketika ini kerana resonan berlaku antara mereka dengan alam ini.
  • Warna merah juga mempunyai rahsia berkaitan keyakinan.
  • Dinasihatkan agar, jangan bermain di luar ketika ini jika masih belum solat maghrib.
Waktu Isyak:
  • Alam ini berada pada warna indigo sebelum memasuki fasa gelap.
  • Bersamaan dengan frekuensi kawalan otak.
  • Warna pada waktu Isyak mempunyai rahsia berkaitan kedamaian dan ketenangan.
  • Justeru, masalah kegelisahan dan gementar kemungkinan melanda kepada mereka yang lewat atau meninggalkan solat Isyak.
  • Ketika fasa kegelapan, sememangnya waktu tidur yang tepat atau dipanggil tidu delta. Di mana anggota badan berada dalam keadaan rehat yang sepenuhnya.
Tengah Malam:
  • Alam bersinar kembali dengan warna putih. merah jambu dan ungu.
  • Bersamaan dengan frekuensi pituitari, kelenjar pineal, dan talamus.
  • Ketika ini amat sesuai anggota badan bangkit sekali dan umat Islam menamakannya denga Qiamulail.
Itulah ironinya dari sudut fotografi kaitan warna alam dan solat. Sebenarnya dalam bidang kesihatan, cahaya-cahaya yang dibincangkan di atas semamangnya diambil berat oleh saintis-saintis bagi mengekalka kesihatan tubuh badan. Syukur Alhamdulillah, kita sebagai orang Islam mempunyai ibadah solat yang telah difadhukan Allah SWT kepada yang bukan hanya menjamin kestabilan rohani malah turut menjamin kesihatan fizikal tubuh badan kita.

Oleh itu, melalui perbincangan dari stigma sainstifik ini, marilah kita sama-sama perbaiki solat kita dengan menunaikannya pada waktunya, dalam erti kata lain pada awal waktunya. 

0 comments:

Post a Comment