Tuesday, March 25, 2014
5:41 PM 0

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Saidina Ali


Terdapat 3 tanda pada orang yang alim:

Pertama, jujur dalam tutur bicara.
Kedua, meninggalkan perkara yang haram.
Ketiga, merendahkan diri.

Terdapat 3 tanda pada orang yang jujur:

Pertama, merahsiakan amal ibadahnya.
Kedua, merahsiakan sedekah jariahnya.
Ketiga, merahsiakan ujian yang menimpanya.

Terdapat 3 tanda pada orang yang taqwa:

Pertama, takut untuk melakukan perbuatan yang keji dan dusta.
Kedua, meninggalkan perkara kejahatan.
Ketiga, memohon yang halal kerana takut jatuh kepada yang haram.

Terdapat 3 tanda pada ahli ibadah:

Pertama, awasi dirinya.
Kedua, hisab dirinya.
Ketiga, memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment