Tuesday, March 25, 2014
4:07 PM 0

Solusi Untuk Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki


Di dunia ini keperluan utama manusia adalah rezeki dan umur yang panjang. Dari dua keperluan inilah mencorak hidup kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan merancang masa hadapan agar mendapat kelulusan tingggi, kerja yang baik dan gaji yang bagus. Maka dari gaji itulah yang menjadi punca rezeki kita.

Kemudian kita menjaga makan minum, kebersihan, kecergasan, dan kesihatan untuk memastikan kelangsungan hidup dan dijauhi dari penyakit. Maka dengan itu kita akan mendapat umur yang panjang.

Kesemua usaha di atas sama sekali tidak dilarang oleh Islam dalam mencari rezeki-Nya dan mendapatkan umur yang panjang selagi ia tidak bertentangan dengan syariah Islam.

Sebenarnya ada satu amalan yang mudah di mana Allah akan murahkan rezeki dan mengurniakan umur yang panjang kepada kita apabila membudayakan amalan ini. Jawapan mudah sahaja iaitu menghubungkan silaturrahim.

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang ingin dimudahkan(Allah) rezekinya atau dipanjangkan(Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim(hubungan kasih sayang)." -Hadis sahih riwayat Bukhari
Hubungan silaturahim ini merupakan satu ikatan yang suci dalam mengukuhkan perpaduan umat Islam. Malah Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud"
"Tidak sempurna imam seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."
MasyaAllah, menerusi hadis ini kita dapat nilai bahawa betapa pentingnya hubungan silaturrahim kepada umat Islam sehingga ia mampu memberi kesan kepada iman seseorang.

0 comments:

Post a Comment