Tuesday, March 25, 2014
4:03 PM 0

Pelik Tapi Benar : Perang Terlama Tanpa Seorang Pun Terkorban!!


Perang di antara Belanda dan Kepulauan Scilly (barat daya United Kingdom) dikatakan luar biasa lamanya dan dianggarkan berlanjutan hingga 335 tahun (1651-1986).

Walaubagaimanapun pelbagai persoalan dan tanda tanya timbul mengenai peperangan ini apabila dilaporkan langsung tiada seorang pun yang terkorban akibat peperangan ini.

Di manakah letak logiknya sebuah peperangan tanpa nyawa terkorban? Lainlah kalau pada zaman sekarang ini yang hanyalah terjadi "perang dingin" antara kuasa-kuasa besar.

Perang dingin yang hanya mengejar kuasa veto dan penguasaan ekonomi pun dah banyak melibatkan kehilangan nyawa dalam jumlah yang besar, inikan pula peperangan dahulu kala yang lebih kepada merebut takhta dan perluasan tanah jajahan. Namun, peristiwa luar biasa ini telah tercatat sebagai perang terlama dalam sejarah dunia.

0 comments:

Post a Comment