Friday, March 28, 2014
10:53 AM 2

Seram : Misteri Buaian Berayun 10 Hari Berturut Tanpa Henti!!!

Jika difikir dek logik akal sememangnya tidak mungkin hal seperti ini boleh terjadi. Menyeramkan . . . Tentunya tegak bulu roma pada sesiapa yang melihat situasi ini dihadapan mata. Nak dikatakan menipu dengan teknologi canggih yang ada pada masa kini? Memang taklah. 10 hari berturut-turut kot tanpa henti!!!


Itulah antara situasi menyeramkan terpaksa dilalui oleh penduduk di sekitar daerah Firmat, Argentina apabila salah satu buaian yang terdapat di taman permainan kanak-kanak di situ tidak berhenti berayun selama 10 hari berturut-turut.

Hanya selepas 10 hari barulah secara tiba-tiba buaian itu berhenti tanpa sebarang gangguan luar. Insiden tersebut nyata menimbulkan suasana seram dalam kalangan penduduk sekitar tersebut dan tidak kurang juga pelbagai tanggapan datang menggunung.

Majoriti penduduk di sekitar kawasan tersebut mengatakan kejadian ini berlaku berikutan gangguan roh seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia sewaktu bermain buaian di taman permainan tersebut.

Kejadian menyeramkan ini nyata bukanlah sekadar cerita dongeng atau khayalan dan buah mulut penduduk tempatan semata-mata. Beratus-ratus orang telah datang menyaksikan sendiri fenomena misteri ini termasuklah wartawan khusus dari akhbar The Sun sendiri.

2 comments: