Kontroversi tercetus terhadap pelawak duo, Shiro setelah mereka dikatakan mengeluarkan kata-kata yang dianggap sensitif oleh ramai kepada Menteri KMM, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam satu rancangan RTM baru-baru ini. Desas-desus menyatakan mereka akan digam oleh RTM ekoran tindakan tersebut.
Walaubagaimana pun, respon terhadap kontroversi ini Shiro, telah menafikan perkara tersebut. Tambah mereka lagi, RTM ada penawarkan kami untuk terlibat di dalam program lain selepas itu.
"Setakat ini kami belum dimaklumkan oleh RTM tentang perkara ini. Hubungan kami dengan RTM begitu baik, selepas rancangan bersama menteri tersebut, RTM ada menawarkan kami untuk terlibat dalam rancangan mereka yang lain."jelas kumpulan Shiro.
Kumpulan yang menjuarai Raja Lawak Astro musim ke-5 ini telah disifatkan membuat lawak "bodoh" selepas mereka memanggil Datuk Shabery Cheek "bapa mertua" dalam satu rancangan di RTM baru-baru ini. Namun, lawak mereka ini hanyalah selingan ketika rancangan memberi ruang untuk iklan dan bukannya sedang bersiaran secara langsung. Ajak mewakili kumpulan Shiro memohon maaf jika lawak mereka itu telah menyinggung mana-mana pihak.
*P/S: Nak banned Shiro?? RTM nak kena wrestling ke dengan diorang. *
0 comments:
Post a Comment