Monday, January 6, 2014
8:41 AM 0

Hangat! Faralyna Temui Kekasih Baru??


Seletelah berpisah dengan pelakon Hairul Hareen pada Februari 2013, Faralyna dalam diam telah menemui pengganti yang baru namun tidak mahu menghebohkan perkara tersebut.

Pelakon drama Dan Calonnya Adalah ini mengakui telah bercinta dengan kekasih barunya itu selama lapan bulan. Walaubagaimana pun, Faralyna, 24 memilih untuk menyembunyikan identiti kekasih barunya itu kerana mengangap hubunginya masih baru setahun jagung.

"Saya tidak mahu menghebohkan hubungan saya dan dia secara umum kerana hubungan kami masih baharu. Apa yang saya boleh katakan adalah kekasih saya ini bukanlah dari golongan selebriti." kata Faralyna apabila ditanya tentang kekasih barunya itu.

Pelakon ini mengakui dia gembira dengan hubungannya dengan kekasih barunya ini lebih-lebih lagi kerana kekasihnya itu bukanlah dari golongan selebriti. Tambahnya lagi, dia boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya lakonannya manakala pasangannya pula fokus dengan kerjaya sendiri.


0 comments:

Post a Comment