Monday, January 20, 2014
10:18 PM 0

Perompak Berpistol Lari Dikejar Penyapu


Belum sempat melaksanakan kerja mereka, dua orang perompak yang bersenjatakan pistol lari berteraburan setelah dijerkah dan dikejar dengan sebatang penyapu oleh mangsa iaitu tuan rumah berkenaan. Bukan hanya lari bertempiaran, malah dua perompak tersebut terpaksa meninggalkan kereta yang dinaiki mereka di hadapan rumah mangsa di Lorong Sri Kuantan 65, Kuantan, Pahang.

Pada petang tersebut lebih kurang jam 3.45pm, mangsa, Lim dan isterinya yang baru pulang ke rumah selepas keluar ke restoran berdekatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan mereka di datangi dua orang lelaki yang berusia 20-an. Menurut Lim, pada awalnya dua lelaki tersebut ingin bertanyakan jalan. 

Walaubagaimana pun, secara tiba-tiba salah seorang daripada lelaki tersebut menolak mangsa ke dalam rumah dan mengacukan pistol ke dahi mangsa. Namun mangsa bertindak berani menjerit dan cuba untuk melawan mangsa. Ekoran tidakan Lim itu, isterinya turut menjerit kuat dan menyebabkan dua perompak tersebut ketakutan dan terus melarikan diri. Lim cuba mengejar perompak tersebut dan sempat memaut sebatang penyapu untuk dijadikan objek bagi menakutkan perompak tersebut.

"Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka melakukan perkara tersebut, apa yang pasti saya yakin mereka cuba untuk merompak"
Itulah antara kata-kata Lim yang telah membuat laporan polis tentang cubaan merompak tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 7jam semalam.

0 comments:

Post a Comment