Wednesday, January 15, 2014
4:19 AM 0

Penyanyi Rap Altimet Tiru Gaya K-pop?!!!!



Komposer dan juga penyanyi rap terkenal Malaysia, Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 36, mengambil langkah seperti yang dilakukan industri muzik Korea (K-pop) dalam mempromosi lagu-lagu barunya.

Jangan salah faham. Cuma tiru gaya pemasaran bukannya tarian K-pop apa semua tu. Altimet berkata, strategi yang dilakukan oleh artis-artis K-pop dalam melancarkan lagu baru mereka dilihat lebih mendapat sambutan daripada peminat.

Mereka melancarkan lagu baharu beserta video muzik yang menarik sekaligus mendorong kepada lagu tersebut menjadi 'hit'.

Trend muzik di negara Korea sedikit tampak berlainan apabila video muzik akan dirakamkan selepas lagu tersebut popular terlebih dahulu.

Cara ini juga dikatakan digunakan oleh Beyonce dalam memasarkan album barunya bagi mendapat sambutan 'hangat' daripada peminat.

Altimet (kanan) bersama Awi Rafael menjayakan video musik Kalau Aku Kaya

Lagu berjudul Kalau Aku Kaya yang dinyanyikan Altimet bersama Awi Rafael sepatutnya menjadi lagu pertama menggunakan strategi tersebut, namun gagal kerana lagu tersebut diterbitkan lebih awal di radio.

Lagu tersebut dikeluarkan lebih awal dari perancangan asal kerana keterujaan belah pihak rakaman dan radio yang ingin memainkan lagu tersebut ke udara.

Sementara itu dalam perkembangan lain, lagu Kalau Aku Kaya tersebut bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-28 pada 28 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

0 comments:

Post a Comment