Friday, January 17, 2014
11:09 PM 1

"Mengaku Seksi Tapi Tak Liar" Syatilla Melvin


"Ya saya akui saya memang seksi tapi sumpah saya bukanlah seorang yang liar." 
Itulah penjelasan pelakon dan model cantik Malaysia, Syatilla Melvin apabila ramai pihak mendakwa dia seorang yang liar kerana penampilan seksinya.

"Saya rasa saya pakaian saya tidak begitu menjolok mata di luar sebaliknya saya hanya kelihatan begitu apabila berlakon kerana saya disuruh untuk mengenakan pakaian bergitu berdasarkan watak yang saya bawa. Perkara inilah yang menyebabkan orang mengkritik saya" 
Syatilla Melvin atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Binti Amirol Melvin akhirnya memberi respon kepada tindakan piminat yang memberi kenyataan yang melampau walaupun sebelum ini dia hanya berdiam diri. Tambahnya lagi, apa yang mereka lihat bukanlah diri saya yang sebenar dan tidak patut saya digelar begitu.

Pelakon cantik yang berusia 23 tahun ini turut mengaku mempunyai beberapa pakaian seksi di rumah di samping mengatakan dia memang pernah seksi sebelum ini. Dia bersumpah tidak pernah minum alkohol, merokok dan berparti di kelab malam.




"Dulu sebelum orang mengenali saya, saya memang berpenampilan seksi, dan sekarang saya cuba untuk mengurangkannya kerana sebagai artis saya mengetahui saya akan menjadi perhatian ramai" katanya lagi

1 comments: