Sunday, January 26, 2014
8:42 AM 0

Benarkah Sinaran Cakerawala Dari Marikh Pada Tengah Malam Ini?


"Malam ini mulai jam 12.30 mlm hingga 3.30 pagi sinaran cekerawala akan memasuki ruang angkasa bumi dari planet marikh.jadi mati telefon bimbit pda mlm ini.Jangan letakan telefon bimbit bersama anda.&letak jauh sedikit semasa anda tidur kerana terlalu byk bahaya dari sinaran.NASA memaklumkan kpd BBC NEWS.sila sebarkan."
Inilah mesej yang sedang berlegar di kalangan rakyat negara ini pada hari ini. Dengan sedikit penjelasan saintifik yang dilihat begitu meyakinkan di samping meletakkan BBC sebagai sumber infomasi semamangnya orang ramai pasti tidak akan menafikan lagi mesej atau memo yang disampai dari tangan ke tangan ini adalah benar.

Jadi apabila Pensel Petik mendapat tahu tentang berita ini tersebar di ruangan whatsapp dan facebook, Pensel Petik terus membuat sedikit kajian dan mencari beberapa sumber untuk mengetahui kesahihan perkara ini.

Melalui beberapa sumber dari dalam dan luar negara yang kami temui, pertama sekali sinaran cakerawala atau "Cosmic Rays" ini sebenarnya merujuk kepada sinaran Gamma. Apa yang pasti, sinaran Gamma tidak datang daripada planet Marikh. Hal ini kerana, planet Marikh bukanlah bintang untuk mengeluarkan sinaran. Itu yang pertama. Yang kedua, anda jangan bimbang tentang sinaran cakerawala ini, kerana atmosfera bumi sudah cukup sempurna secara semulajadinya untuk menahan sinara yang dipanggil "Cosmic Ray" itu SETIAP HARI SIANG DAN MALAM. Jadi kenapa selama ini sinaran cakerawala ini tidak pernah merosakkan telefon bimbit anda?

Seterusnya, apa yang lebih menghairankan ialah daripada semua laman luar negara yang kami lawati, mereka mengatakan perkara ini turut tersebar di Amerika Syarikat dan mereka yang menyebarkan perkara ini sehinggakan meletakkan sumber rujukan dari NASA, itu menambahkan lagi keyakinan pembaca. Tetapi apa yang Pensel Petik ingin sampaikan di sini ialah berita ini telah pun tersebar di Amerika sejak 2008 lagi. Kemudian kembali tersebar pada 6 April 2012 dan Malaysia mula tersebar pada tahun ini (26 Januari 2014).

Jika anda mencari berita ini di laman-laman sains yang terkenal, saya yakin anda pasti tidak akan menemuinya. Jadi jelas sekali perkara ini hanyala satu konspirasi dan mempunyai propaganda dengan motif yang tertentu.

0 comments:

Post a Comment