Wednesday, July 2, 2014
11:03 AM 0

MESTI TENGOK!! Rahsia Mengenai Siti Saleha Yang Tidak Diketahui Ramai


Luahan hati sendiri dari pelakon jelita, Siti Saleha mengenai kebimbangannya akan kontroversi yang bakal melanda dirinya sekiranya dia terlalu terbuka untuk bercerita mengenai teman lelakinya.
Saya bukan ingin berahsia cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsi dengan semua orang kerana bimbang akan ada cerita kurang enak timbul sekiranya kami terlalu terbuka. Buat masa ini saya tidak akan bawa dia ke mana-mana majlis hiburan malah dia sendiri tidak selesa menjadi tumpuan ramai, katanya kepada mStar Online.
Siti Saleha dikatakan cuba mengelak apabila diminta untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai butiran peribadi jejaka yang telah berjaya menambat hatinya itu. Siti Saleha yang juga adik kepada Sam Bunkface sebelum ini mengaku sedang hangat menjalin kasih dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Ramadhan Jangan Pergi itu merasa lega kerana namanya masih bersih daripada sebarang kontroversi liar dan berharap sangat perkara seperti itu dapat dijauhkan daripada berlaku.

0 comments:

Post a Comment