Sebagai agama yang sejagat dah holistik, Islam telah menyerukan penganut-penganut agar bersifat ihsan terhadap binatang. Sebagai contoh, seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Sakhr begitu menyukai kucing sehinggakan Rasulullah SAW menggelarkannya Abu Hurairah yang bermaksud bapa kucing. Abu Hurairah sememangnya sahabat Rasulullah yang terkenal sehingga kini.
Lain pula kisah yang berlaku baru-baru ini di mana seorang lelaki warga tempatan dikatakan bertindak tanpa belas ihsan melenyek kucing hanya kerana kucing tersebut menyebabkan 'bumper' hadapan keretanya pecah. Tidak cukup dengan tindakan kejam tersebut, lelaki itu dengan selamba 'update status' tentang perkara tersebut dengan megah.
Tindakannya tersebut jelas mendapat kecaman orang ramai terutama para pencinta kucing di negara ini. Jom kita lihat rentetan daripada cerita ini menerusi beberapa 'screen shot' di Facebook.
GUA TAK GOYANG LA BRO...GUA PIKIR LU MEMBER GUA JER SIAL...HAHAHAHAHA...
ReplyDelete