Kisah ini merupakan kisah dan bukanlah direka-reka semata-mata. Malah dianggap satu lagenda sejak tahun 1999 di daerah Bangkok.
Ceritanya bermula apabila bangunan pusat membeli belah 11 tingkat ini terpaksa dirobohkan di bahagian atasnya kerana menyalahi undang-undang pada 1997. Hal ini kerana, undang-undang di kawasan tersebut telah menetapkan tidak dibenarkan membina bangunan yang lebih tinggi daripada 4 tingkat kerana kawasan tersebut mempunyai istana.
Dua tahun kemudiannya, berlaku pula kebakaran di mana melibatkan nyawa terkorban. Menurut penduduk setempat, perkara ini berlaku kerana ada competitior shopping complex setempat yang cemburu dengan shopping complex tersebut. Dari situlah bermula bangunan yang terlopong dibahagian bumbung ini ditinggalkan.
Sehinggalaah pada tahun 2003, penduduk setempat mula rimas dengan kehadiran nyamuk daripada bangunan tersebut. Hal ini berlaku gara-gara bumbung bangunan tersebut yang lompong menyebabkan air bertakung di bahagian bawah bangunan.
.
Untuk menghalang pembiakan nyamuk dariapda berleluasa, penduduk sekitar mengambila alternatif dengan melepaskan beberapa ekor ikan ke dalam air yang bertakung seperti kolam itu. Selepas beberapa ketika, nyamuk semakin berkurangan. Cara ini ternyata berhasil.
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Ikan-ikan pula jenis eksotik seperti koi, catfish dan sebagainya di mana ikan-iklan ini membesar dan membiak dengan cepat.
Kisah ini sememangnya dirahsiakan oleh penduduk setempat, namun kemajuan teknologi moden hari ini dengan pelbagai media sosial yang muncul, kisah bangunan tersebut mula tersebar. Perkara ini membawa kepada segelintir individu bertindak mencuri ikan koi yang besar-besar dari kolam tersebut.
Pihak berkuasa tempatan akhirnya menutup akses ke bangunan tersebut atas faktor keselamatan kerana bangunan itu telah usang. Satu kajian akan dilakukan dan jika hasil kajian mendapati bangunan itu tidak selamat, ia akan dimusnahkan dan ikan-ikan itu akan dipindahkan.
buleh g ngail nie boh..
ReplyDelete