Wednesday, April 16, 2014
12:49 AM 0

Yus Jambu Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ni??


"Memandangkan masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya, saya rasa amat sesuai jika perkahwinan kami diadakan pada hujung tahun ini. Dia merupakan seorang model sambilan dan bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Walaubagaimana pun, saya tidak boleh menjelaskan siapakah bakal isteri saya ini. Jika ikutkan hati saya, ingin sahaja saya bagi tahu siapakah dia, namun kerana menghormati permintaan bakal isteri saya, saya akan merahsiakannya dahula buat sementara waktu,"
Itulah antara kata-kata Yus Jambu ketika ditemu ramah oleh seorang wartawan media tempatan. Dia yang merupakan juara Raja Lawak Astro musim pertama mula menampa nama dalam industri hiburan tanah air dan semakin menonjol dalam kumpulan Jambu di Maharaja Lawak Mega bersama-sama Tauke.

Menurut Yus lagi, dia mula mengenali kekasihnya itu sudah hampir setahun lebih melalui laman Facebook. Pada awalnya, bakal isterinya itu tidak mengenali siapakah Yus sebenarnya, namun setelah seminggu berkenalan barulah bakal isterinya tersebut mengetahui bahawa Yus merupakan seorang artis.

"Antara perkara yang saya suka tentang dia adalah dia seorang yang amat memahami karier saya sebagai seorang artis, dia faham akan kesibukan saya dengan industri hiburan tanah air. Satu lagi, dia pandai bua sambal belacan, saya memang sukan sambal belacan bila makna nasi." kata Yus sambil ketawa.

0 comments:

Post a Comment