Friday, April 4, 2014
10:33 PM 0

Pendapatan Gempak Shila Amzah dan Yuna


Siapa tahu dalam kesibukan dua artis muda wanita ini yang sering berulang-alik ke luar negara, buat show di sana sini sepanjang tahun lepas sehingga sekarang, agak-agakya berapa pendapatan mereka?

Mari kita lihat pendapatan mereka berdasarkan tahun lepas, tahun 2014 kita tunggu mereka kumpul dulu pendapatan mereka selepas itu baru kita bincangkan balik. Shila Amzah sememangnya mendapat tempat di China pada tahun lepas dan dikatakan mempunyai pendapatan sebanyak RM 2.5 juta setahun.  

Dengan kontrak persembahannya di China, duta produk, jualan album dan sebagainya, Shila mampu menjana pendapatan RM 200,000 sebulan. Banyak kan?

Manakala Yuna pula, menurut laporan akhbar Metro Harian, Yuna mempunyai pendapatan RM 5 juta setahun dan merupakan angka tersebar bagi penyanyi muda wanita negara. 

Jumlah tersebut merangkumi gajinya sebagai duta produk, jualan album, runut bunyi terutama The Croods, butik dan persembahan nyanyian. Secara anggaran, gaji Yuna boleh dikatakan sebanyak RM 400,000 sebulan. Perggghh!!

0 comments:

Post a Comment