Thursday, April 3, 2014
7:53 PM 0

Panas!! Noraniza Idris Ke Penjara 80 Hari

Noraniza Idris menutup muka selepas keluar daripada mahkahmah.

Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara 80 hari kepada Noraniza Idris selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah pada Julai hingga September tahun lalu. Bekas pegawai akaun itu juga dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM 400,000 kepada bekas majikannya selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Dia yang sedang hamil 3 bulan didapati menyalahgunakan wang syarikat East West Freight Service Sdn Bhd sebanyak RM 60,651 pada tahun lalu. Syarikat yang berpangkalan di Shah Alam yang membuat perkhidmatan hataran logistik itu mendakwa pegawai akaun mereka selepas menyalahgunakan wang syarikat pada Julai hingga September tahun lalu.

Noraniza Idris menangis teresak-esak selepas hakim Mat Ghani Abdullah mengulangi berkali-kali bahawa dia akan dikenakan penjara selama 8 bulan jika gagal membayar pampasan tersebut. 

Kepada pembaca, jangan tersilap orang pula, ini bukan Noraniza Idris penyanyi lagu-lagu etnik tu, nama sahaja yang sama, tapi orangnya lain-lain. Noraniza Idris yang penyanyi tu berumur 44 tahun, yang ke penjara 80 hari ni baru berusia 25 tahun. Hehehe.
Bukan Noraniza Idris yang ini. hehe

Semoga apa yang terjadi kepada Noraniza Idris ini akan menjadi pengajaran buatnya pada masa akan datang begitu juga kepada kita semua terutama sekali pegawai perakaunan sesebuah syarikat. Ingatlah, amanah merupakan benda yang paling berat untuk dipegang, jadi peganglah ia sebaik-baiknya.

0 comments:

Post a Comment