Thursday, April 3, 2014
8:38 PM 0

Lagi Pesawat Mas Berpatah Balik


Belum sempat misteri kehilangan pesawat MAS Boieng-777 MH370 terungkai, KLIA kecoh lagi pada hari ini selepas sebuah lagi pesawat MAS MH004 yang dalam perjalanan ke United Kingdom berpatah balik ke KLIA atas faktor masaah teknikal.

Pesawat Airbus A380 tersebut dijadualkan berlepas pada pukul 10 pagi semalam sepatutnya tiba di United Kingdom pada pukul 11 malam tadi. Walaubagaimana pun, akibat terdapat kerosakan pada kipas paramotor (propeller) pesawat yang hanya sempat sejam berada di udara itu berpatah balik ke KLIA.

Pujian harus diberikan kepada juruterbang pesawat tersebut yang menangani krisis yang berlaku dengan bijak dan proaktif selepas mengesan kerosakan yang berlaku. Seorang penumpang pesawat tersebut mengongsi rasa gundah-gelananya apabila penerbangannya terpaksa ditangguh selama 4 jam kerana masih dalam trauma dengan kejadian yang menimpa pesawat MH370 yang sehingga kini masih dikatakan misteri setelah hampir sebulan kehilangan pesawat tersebut dilaporkan.
"Walau apa pun, saya begitu lega dan berpuas hati dengan tindakan bijak juruterbang yang mengedali pesawat tersebut. Jika pesawat tersebut telah dibaiki dengan sebaik mungkin pun, saya tetap berasa resah-gelisah. Saya mungkin tidak akan dapat tidur selama 12 jam penerbangan itu." kata penumpang tersebut. 
Pesawat tersebut telah berlepas semula pada 1:30 tengahari kelmarin selepas kerosakan yang berlaku dibaik pulih dengan segera. Walaubagaimana pun, kami belum mendapat berita lanjut berkenaan kejadian ini daripada pihak MAS sendiri.


Semenjak dua menjak ini, segala berita tentang pesawat milik MAS akan menjadi perhatian orang ramai ekoran Perisitiwa Kehilangan Pesawat MH370 yang terjadi pada ketika ini.

0 comments:

Post a Comment