Thursday, March 27, 2014
2:59 PM 0

Senarai Nama Yang Sering Diganggu Jin

ustaz Syarhan

Dalam satu rancangan di TV 9,  yang diberi tajuk 'Perubatan Islam' yang menampilkan ustaz Syarhan sebagai moderator di mana beliau telah membuat satu senari nama-nama yang sering diganggu jin atau makhluk halus berpandukan statistik di pusat perubatannya.

Antara nama-nama yang sering diganggu jin adalah:
1. Qistina atau Kistina
2. Balqis
3. Najwa
4. Batrisha
5. Erisha
6. Zakuan

Nama-nama di atas disenaraikan berdasarkan statistik ustaz Syarhan iaitu 60%-70% pesakitnya adalah daripada nama-nama tersebut dan ini tidak bermakna sesiapa sahaja yang bernama tersebut akan diganggu jin. Tambah beliau lagi, jika ada yang bimbang sekiranya namanya terdapat dalam senarai di atas, individu tersebut tidak perlu menukar nama di pejabat Pendaftaran Negara. Sebaliknya hanya perlu menukar panggilan, contohnya jika namanya Siti Balqis, panggil sahaja Siti.

Menurut Ustaz Azhar Idrus(UAI) pula, di dalam al-Quran sememangnya tidak ada menyebut tentang nama-nama yang ada kaitan dengan jin. Namun, beliau mengatakan bahawa, pandangan ustaz Syarhan ini boleh diguna pakai kerana beliau merupakan orang yang lebih arif dalam perihal perubatan Islam.

0 comments:

Post a Comment