Friday, March 28, 2014
10:26 AM 0

Penemuan Terbaru Yang Unik : Siput Dengan Cengkerang Lutsinar!!

Penemuan terbaru oleh Dr. Alexander Weigand dari Universiti Goethe Frankfurt, Jerman mengenai sebuah spesis siput baru yang tinggal di Gua Lukina Jama-Trojama. Apa yang menariknya mengenai penemuan terbaru ini ialah mengenai ciri-ciri luaran siput tersebut.

Zospeum tholussum : siput yang mempunyai cengkerang lutsinar

Dalam sebuah makalah yang diterbitkan oleh International Society for Biology Subterranean pada 30 Ogos 2013, spesis baru itu yang dinamakan Zospeum tholussum adalah siput kecil yang rapuh dengan cengkerang lutsinar.

Siput lutsinar ini ditemui di kedalaman 980 meter

Siput ini dikatakan telah ditemui di sebuah ruang yang besar di dalam gua dengan kedalaman ke ruang tersebut lebih kurang 980 meter.

Gua Lukina Jama kini menjadi tarikan pelancong untuk ke Croatia

Gua Lukina Jama yang mencapai kedalaman kira-kira 1,421 meter ini merupakan gua paling dalam di Croatia dan juga terdalam di suluruh tenggara Eropah. Penemuan terbaru ini nyata satu keajaiban dan dikatakan terpelik sejak daripada penemuan ikan lutsinar di Peninsula.

0 comments:

Post a Comment