Pasangan yang tinggal di Kuala Terengganu itu menjalankan perniagaan emas dari Kemboja dengan strategi jualan rumah ke rumah. Walaubagaimana pun, perniagaan mereka itu tidak mampu untuk menampung keperluan sara hidup mereka menyebabkan wanita Kemboja yang dikenali sebagai Santari, 24 tersebut memilih untuk menjual tubuh kepada lelaki lain bagi mendapatkan wang lebih.
Walaubagaimana pun, kegiatan ibu kepada tiga orang anak ini terbongkar selepas ditangkap dalam satu Ops 6P Bersepadu di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang dekat sini awal pagi semalam.
"Setelah membuat siasatan kepada pasangan tersebut, kami mendapati pasangan warga asing ini telah menetap di sini selama 3 tahun dengan menggunakan pas pelawat. Wanita ini telah menjalankan aktiviti melacur selain daripada menjual barang emas dari rumah ke rumah."
"Wanita itu menambah lagi bahawa, suaminya turut mengetahui aktiviti melacurnya itu dan hanya merestui pekerjaan 'tambahan' saya itu kerana suaminya itu yang hanya bekerja sebagai buruh binaan tidak mampu menampung perbelajaan mereka sekeluarga."Kata Timbalan Pengarah Emigresen, Mohd Shahrir Khalil.
Di dalam Ops 6P Bersepadu secara besar-besaran tersebut, jumlah tangkapan yang dibuat seramai 55 warga Kemboja, 28 warga Bangladesh, 22 warga India, 17 warga Myanmar dan tujuh warga Pakistan.
ada jugak suami mcm ni ye..
ReplyDeletedayus btol... adussss
Tu la.. Duit punye pasal, isteri rela dikongsi..
ReplyDelete