Friday, June 13, 2014
6:27 AM 0

Panasss!!! Nabil Raja Lawak Kongsi Gambar Bercium Lagi


Belum habis hangatnya kisah Rozita Che Wan yang teruk dikritik satu Malaysia akibat berkongsi gambar bercium di Instagram, datang pula yang terkini daripada pelawak juga pelakon terkenal tanah air, Nabil Ahmad. 
Nabil turut menerima kecaman daripada peminat malah lebih hebat dikritik sebaik sahaja berkongsi gambarnya mencium pipi isteri, Nazirah Ayub di kota Paris. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nabil berkata, 
"Cium pipi, itulah yang saya pelik sikit tu sebab, minta maaf cakap la ya, ramai artis yang belum kahwin mereka pergi bercuti berdua, haters relax jer tak pula kritik". 
"Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasallah! Nak cium ke apa sebab yang saya cium tu isteri saya, bukan orang lain", ulasnya lagi.
Nabil bersama isteri dan anak sebelum bertolak ke Paris

Nabil yang enggan melayan komen-komen negatif yang ditinggalkan peminatnya, sebaliknya hanya berniat untuk berkongsi kenangannya bersama isteri tercinta memandangkan ini baru kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Eropah.

0 comments:

Post a Comment