Sunday, January 12, 2014
12:30 PM 0

Kim Kardashian Berang Dikatakan Penipu


"Punggung saya memang macam itu!", ujar Kim Kardashian selepas bentuk badan menggiurkan dimilikinya dikatakan photoshop semata.

Siapa tidak bengang apabila bagai nak rak dipertikaikan tambah-tambah lagi kalau dituduh menipu. Itulah dilema yang dilanda oleh selebriti ternama Hollywood, Kim Kardashian.

Kalau anda semua berada di tempat Kim sudah tentunya anda mengamuk bagai nak gila apabila dituduh sedemikian padahal hakikatnya kita dah jaga badan dan pemakanan bagai nak rak semata nak mencapai berat badan yang diidamkan.

Kim terang-terangan meluahkan rasa geramnya di Twitter apabila khabar angin negatif dilemparkan kepadanya tentang pembedahan dan photoshop meskipun bekerja keras untuk bentuk badannya.

Sejak tahun lepas, Kim telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22kg. US Weekly ada berkongsi tips kuruskan badan dari Kim termasuk melakukan 100 squat setiap pagi.

0 comments:

Post a Comment