Sunday, January 12, 2014
9:15 PM 0

Fasha Sandha Balas Dendam Kes Ibunya Dihina Di Instagram

Sepanjang bertahun-tahun lamanya berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, rasanya belum pernah aktres jelita, Fasha Sandha (gambar) 'mengamuk' akibat tohmahan yang diberikan oleh sesiapapun. 

Kalaulah ada pun jarang pula dia kesah. Tapi kali ini, apa yang berlaku betul-betul menguji sabarnya. 

Kesabaran Fasha seolah-olah tercabar apabila muncul seorang individu tidak bermoral menghina ibu Fasha di laman sosial. 

Dikatakan individu terbabit membandingkan keperibadian ibu Fasha dan ibu Nora Danish ditambah lagi melibatkan ibu mertua Fasha bagi melengkapkan 'kehangatan' Fasha yang membuak-buak. 

Menerusi komen yang disiarkan di laman Instagram, individu terbabit telah mula mencari pasal sejak 7 bulan lalu dengan menghamburkan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sehinggalah pelakon terkenal itu bertindak membela ibunya. 

Mungkin kerana terlalu marah, Fasha lalu bertindak mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut beserta gambarnya sekeluarga. 

Implikasi tindakan Fasha tersebut membuatkan individu terbabit lantas sepantas kilat memadam akaun Instagram miliknya. Pensel Petik ada nak berkongsi mengenai sedikit paparan komen-komen individu terbabit.



p/s : bagi admin tak tahu la nak menangkan sapa..tapi di sini admin cuma nak cakap 'takkan menyala api kalau tiada yang cuba membakarnya' (dalam tu maksud dia). Renung-renungkanlah. . . . 

0 comments:

Post a Comment